Serba sedikit tentang syarikat pengeluar madu terbaik dunia ini.
Sejarah
EMD Concepts telah ditubuhkan
pada 2009 atas kapasiti enterprise oleh saudara Danial Bero. Penubuhan
EMD Concepts ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap masyarakat
mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan tentang rahsia & khasiat
madu tulen. EMD Concepts kemudian diperkuatkan dengan pembinaan pasukan
dimana 1 pasukan telah dibentuk untuk merealisasikan impian 1 rumah 1
madu mentah.
Kajian demi kajian telah
dilakukan tanpa mengenal lelah untuk mencari, menternak dan mengeluarkan
madu terbaik untuk kegunaan semua. Dan akhirnya, kini telah dijumpai!
Perkembangan
EMD Concepts telah melalui
transformasi yang hebat di mana ia telah menukarkan kapasiti syarikat
kepada yang lebih besar iaitu EMD Concepts (M) Sdn Bhd pada November
2012. Perkembangan positif ini dilakukan bagi memenuhi permintaan orang
ramai yang memberikan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap produk
yang dikeluarkan iaitu
dbTM Acacia Mangium.
Kini, syarikat juga telah mempunyai ladang lebah dan kilang pembotolannya yang tersendiri.